Salam,
Marila kite mengambil iktibar dr crite ini. just received this story from my colleague.
Arigato Gozaimasu :)
-Iktibar di hari Jumaat-
Assalamualaikum wbr. Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar).
Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.
Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.
Wallahu a’lam.
Wasalamualaikum wbr.
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Friday, July 30, 2010
Thursday, July 29, 2010
Let save our baby's cord blood :)

Salam,
Hari ni saya malas lagik hahaha
tak tau nape...maybe sebab bos takde kot *oppssss hehehe
tapi sib baik hari nih takde c/s yang nak kene tgk
just kene buat random check sahaja kat TV
hmmmm okla tuh
at least boleh main TV smbil buat2 mende lain
harinih mood kurang baik
tapi bile samapi opis mood bertambah baik smule
hahahaha
tak baik simpan mood yang tak baik lama2 kan
nnt leh jadik stress plak..pastu kalu tak dpt di kawal
boleh dpt banyak penyakit lain plak :(
isk jauhkan la mende2 yang tak baik nih
huhuhu
pagi nih sy berkongsi crite bersama opismate
her wife got leukemia and now still not fully recovered
bile tgk keadaan dia kite pun dpt rase kesedihan dan kesusahan
yang di alaminye kan
mcm mana kalu kite berada kat tempat dia or her wife???
mesti rase dunia mcm nak kiamat dah
mesti kite rase hidup kite sudah tak bermakna lagi
isk kesian la...saya mmg takleh betul kalu dgr cite2 camni :(
skrg nih they are struggling to find a right donor to her wife
her wife need to do blood transplant bg mengelakan relapse.
At least bile buat nye transplant ni, percentage penyakit tuh utk
berulang kembali mengambil masa yang agak lama,
tapi tu la it's very hard nak cari donor yang boleh match ngan DNA wife dia
even her siblings pun tak dpt membantu
currently they already confirmed kat bank stemcell di malaysia
takde stemcell yang matching ngan DNA wife dia
so skrg nih doc suggest dia to look up kat Singapore pulak
tapi tula bile once nak buat proceeding mcm nih, duit plak yang menjadik
masalah kan...if kat malaysia maybe the cost still bole acceptable tapi
once involve oversea the currency rate dah different :(
so duit yang perlu di belanjakan akan menjadi double or triple la
(depends kat negara mana yang kite carik la)
hopefully ade lah donor yg bersesuaian and dapat
membantu and mendermakan stemcell kepada wife dia nih kan
pasal duit tuh, tak perlu la pikirkan dulu,
insyaAllah ade lah pertolongan yang akan dtg nnt :)
So moral of the story, jika kite ade duit lebih tu,
try la menyimpan cord blood anak2 kite yang baru lahir,
dari cord blood nih la adenye stemcell nih,
bukannye ape, maybe u have to spend a few thousand now,
tapi mana tau akan dtg, maybe ur family's member need to use it,
If kite tak gunakannye, maybe kite boleh membantu org lain
yang lebih memerlukannye...so kat situ kite dah bley menambah
pahala kite :) So sume org pun akan gembira kan, hoyeay!!!
InsyaAllah :)
-the end-
Wednesday, May 26, 2010
?????
Salam,
Terasa takde moodsssss sgt harinih...mcm2 berlegar kat kepala n my minds can't stop thinking about it..ape yang akan terjadik kepada kami sume??????????????????????????????? satu question mark yang sgt besar berlegar2 dlm kepala nih huhuhuhuhu....sume nye still kabur lagik...tapi still need to work very hard to make everything success...tapi adekah SUCCESS itu akan mendatangkan kebaikan kepada kite????atau SUCCESS itu hanye semata2 utk kepentingan MEREKA sahaja hmmmmmmm....
Jadik biarla masa yang menentukan segalanye...KAMI sume redha akan segala ketentuanNYA..maybe when the time comes, then we know what we should do...which path should we take..and hopefully ALLAH will guide us all the way ...amin.....
Terasa takde moodsssss sgt harinih...mcm2 berlegar kat kepala n my minds can't stop thinking about it..ape yang akan terjadik kepada kami sume??????????????????????????????? satu question mark yang sgt besar berlegar2 dlm kepala nih huhuhuhuhu....sume nye still kabur lagik...tapi still need to work very hard to make everything success...tapi adekah SUCCESS itu akan mendatangkan kebaikan kepada kite????atau SUCCESS itu hanye semata2 utk kepentingan MEREKA sahaja hmmmmmmm....
Jadik biarla masa yang menentukan segalanye...KAMI sume redha akan segala ketentuanNYA..maybe when the time comes, then we know what we should do...which path should we take..and hopefully ALLAH will guide us all the way ...amin.....
Friday, April 23, 2010
H.i.k.m.a.h

Kenyangnye arinih..lunch KFC tuh hehehe...abis diet aku :) diet sgt la, padahal hari malam mkn nasik banyak giler huhuhuhu...bilela boleh KURUSSSS nih huhuhuu...takpe, selagik ade keazaman insyaAllah kite boleh melakukannye..ye la kalu nak diet skrg pun kesian kat Dzara huhuh..nnt tak cukup zat plak susu² yang dia minum kan (saje nak sedapkan hati hehehe)..
tadi masa dlm kete aku ternmpk sesuatu yang aku tak nak nmpk..bile dah nmpk tu maka terjawab la segala persoalan yang bermain2 dlm fikiran kiteorg kat opis nih hahahaha...hanye Huda jek yang tahu ape yang aku nmpk...so kalu ade antara korang nak tau, kene blanje aku mkn McD dulu :) ..then starts la perbualan aku ngan Huda pasal "mende" tuh...Aku amat bersyukur sebab mempunyai kwn2 yang sekepala dan masih lagik berada di jalan yang benar...hmmmm kadang2 tu rase simpati gak kepada kwn2 yang sudah leka dgn keseronokan di dunia...langsung tidak memikirkan kehidupan yang bakal kite hadapi kelak semasa di akhirat..bile dah alpa kite mesti akan lupe akan tanggungjawab kite sebagai khalifah di bumi ini.. tu la kadang2 tu aku terpikir gak kenapa la Allah sentiase sayang kepada umat2nye walaupun mereka ini lalai dlm melakukan ibadah...tapi itula kan, Allah itu maha adilkan, so setiap yang terjadik itu ade hikmahnye..maybe Allah memberi kesenangan kepada seseorg itu sebab Dia ingin menduga seseorg itu...jika seseorg itu bersyukur dgn ape yang dikurniakan,mesti segala ibadatnye akan dijaga dgn sempurna...
Isk bile bercerita mende2 camnih mesti terasa insaf sekejap...kadang2 aku rase aku nih tergolong dlm kategori tak bersyukur jek...dah ade kije, tapi still sibuk nak carik kije lain huhuhu..tapi aku rase situasi aku skang nih, bukan di kire tak bersyukur kot...maybe aku jadik camnih sebab aku rase aku perlukan career improvement kot...bukan aku tak improve ape2 selama aku kije kat sini, tapi rasenye need new challenge (mcm la bagus sgt huhuhu)...hmmmm lagipun skrg nih company nih mcm kurang stabil sket...maybe that's the main reason aku jadik camtu...tapi ntahla..dah banyak gak aku try apply, tapi sumenye gagal, sedih jek rasenye :(
tula, ape2 pun kene always think positifly, maybe ade HIKMAH di sebalik yang berlaku.
okla..nak smbg buat kije nih..banyak lagi check sheet yang kene siapkan huhuhu
-Junjungla Agama walau di mana jua kamu berada (kata2 cikgu Hasran)-
Subscribe to:
Comments (Atom)