Friday, July 30, 2010

Hari Jumaat yang Mulia

Salam,

Marila kite mengambil iktibar dr crite ini. just received this story from my colleague.
Arigato Gozaimasu :)




-Iktibar di hari Jumaat-

Assalamualaikum wbr. Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar).

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

Wallahu a’lam.

Wasalamualaikum wbr.

Thursday, July 29, 2010

Let save our baby's cord blood :)


Salam,

Hari ni saya malas lagik hahaha

tak tau nape...maybe sebab bos takde kot *oppssss hehehe

tapi sib baik hari nih takde c/s yang nak kene tgk

just kene buat random check sahaja kat TV

hmmmm okla tuh

at least boleh main TV smbil buat2 mende lain

harinih mood kurang baik

tapi bile samapi opis mood bertambah baik smule

hahahaha

tak baik simpan mood yang tak baik lama2 kan

nnt leh jadik stress plak..pastu kalu tak dpt di kawal

boleh dpt banyak penyakit lain plak :(

isk jauhkan la mende2 yang tak baik nih

huhuhu


pagi nih sy berkongsi crite bersama opismate

her wife got leukemia and now still not fully recovered

bile tgk keadaan dia kite pun dpt rase kesedihan dan kesusahan

yang di alaminye kan

mcm mana kalu kite berada kat tempat dia or her wife???

mesti rase dunia mcm nak kiamat dah

mesti kite rase hidup kite sudah tak bermakna lagi

isk kesian la...saya mmg takleh betul kalu dgr cite2 camni :(

skrg nih they are struggling to find a right donor to her wife

her wife need to do blood transplant bg mengelakan relapse.

At least bile buat nye transplant ni, percentage penyakit tuh utk

berulang kembali mengambil masa yang agak lama,

tapi tu la it's very hard nak cari donor yang boleh match ngan DNA wife dia

even her siblings pun tak dpt membantu

currently they already confirmed kat bank stemcell di malaysia

takde stemcell yang matching ngan DNA wife dia

so skrg nih doc suggest dia to look up kat Singapore pulak

tapi tula bile once nak buat proceeding mcm nih, duit plak yang menjadik

masalah kan...if kat malaysia maybe the cost still bole acceptable tapi

once involve oversea the currency rate dah different :(

so duit yang perlu di belanjakan akan menjadi double or triple la

(depends kat negara mana yang kite carik la)

hopefully ade lah donor yg bersesuaian and dapat

membantu and mendermakan stemcell kepada wife dia nih kan

pasal duit tuh, tak perlu la pikirkan dulu,

insyaAllah ade lah pertolongan yang akan dtg nnt :)


So moral of the story, jika kite ade duit lebih tu,

try la menyimpan cord blood anak2 kite yang baru lahir,

dari cord blood nih la adenye stemcell nih,

bukannye ape, maybe u have to spend a few thousand now,

tapi mana tau akan dtg, maybe ur family's member need to use it,

If kite tak gunakannye, maybe kite boleh membantu org lain

yang lebih memerlukannye...so kat situ kite dah bley menambah

pahala kite :) So sume org pun akan gembira kan, hoyeay!!!


InsyaAllah :)


-the end-

Wednesday, July 28, 2010

Rehat sebentar..


Ohh saya sgt malas buat kije arinih

Dari pagi tadi saya asyik memandang c/s yang sama aje

tak bergerak2..jap2 kepala saya akan menoleh kekanan hehehe

layan movie (4 movie sekali gus) :p "jgn marah ye bos!"

alasan kami ialah "Nak try TV baru" hahaha

konon2 mcm evaluation gak la..tgk performance TV ekekeke

hmmmm kami bertiga mmg takleh nak concentrate buat kije

sorang tgk movie smbil belajar bahasa Jepun

Sorang lagi buat c/s yang sama mcm saya smbil tgk movie gak

bagus, bagus

Sekali sekala activity camni perlu utk menghilangkan stress

untuk menclear kan segala masalah yang serabut dlm kepala hotak nih


Sakit pinggang saya semakin menjadi2

rase tak larat sgt..tapi kadang2 rase sakit tu akan hilang sendiri

tapi kalu duduk lama sgt dia akan dtg balik huhuuh

dah 2 hari asben saya ngelat utk picit blkg saya

kalu arinih dia ngelat gak, hmmmm mmg saya akan kenekan dia nnt

hahahaha (gelak jahat saya)

Jam baru menunjukkan pukul 4pm

still ade masa 3 jam baru sy boleh pulang ke rumah

oooooooooooooooooooo tidak

saya dah buhsan sgt nih

malam nih nak mkn ape yek

hmmmmmmmmmmm-
-the end-

Tuesday, July 27, 2010

I'm back ..

Salam,
5 days already passed and alhamdulilah Dzara already recovered her flu :)
ermmm this weekend mmg merupakan minggu yang paling mencabar dlm sejarah hidup sy since menjadi mama nih...Ini baru anak 2, itu pun dah mcm org giler saya di buatnye..mmg mencabar keimanan betul la huhuhu...ngan pelbagai ragam especially si Muqri yang dah semakin membesar nih...kebetulan plak asben saya terpakse pulang ke kelantan pada hari jumaat tu jugak disebabkan pemergian abang ipar saya ke rahmatullah :( doctor telah mengklasifikasi kan kematiannye itu sebagai sudden death maybe di sebabkan oleh masalah jantung...masa asben saya mule2 bagitahu pasal berite tuh saya mmg agak terkejut sebab setahu saya dia mmg seorg yang sihat walafiat...tu la kan, Allah boleh menarik nyawa kite tu bile2 masa aje kan..

Okla berbalik smule pada condition saya last week ketika menjaga anak2 24hrs kat umah tuh.
hmmmm dah la asben takde, so mmg anak2 hanye melihat muke saya sorang jek kat umah tuh...mama, Tv, mama, Tv hahahha...mmg kesian giler kat budak2 nih...since kiteorg kene quarantine so saya mmg tak bercadang langsung nak bawak budak2 nih keluar umah even nak main kat playbground kat bwh umah tuh...kesian, kesian...sejak asben sy kuar umah pada malam tu sy mmg tak bukak langsung pintu depan tu sebab takut muqri ajak mamanye nih keluar bermain kat luar...(hehehe, agak kejam gak kan saya nih :p) so saya pun terpakse la mengikut sahaje kehendak muqri asalkan dapat lupekan "playground" yang sentiase bermain kat pemikiran dia tu hehehe...so seperti biase la hari2 yang saya lalui penuh ngan sad and happy things...saya menjadi sad bile muqri taknak dgr cakap saya n slalu membuli dzara..boleh dikatakan hampir setiap hari sy akan memarahi muqri huhuhuh..tapi bile dah marah rase menyesal la plak :( ye la muqri still kecik lagi and maybe dia tak tahu pun yang ape yang dia buat tu ade lah satu kesalahan..maybe itu ade lah cara dia untuk berinteraksi ngan adik dia kan??hmmmm mmg after marah muqri tu saya berasa sgt menyesal and bersalah tapi disebabkan sy nih susah nak control kemarahan saya tuh akhirnye mmg terlepas gak la ... "Maafkan mama muqri. Lepas nih mama akan cube mengkontrol tahap kemarahan mama nih ok" huhuhuhu..."Mama so sorry :("

Mmg boleh dikatakan waktu siang saya dipenuhi ngan pelbagai aktiviti hahaha..yang paling banyak ialah memvacum umah :) Biasenye saya hanye vacum umah waktu weekend jek itupun seminggu sekali jek tapi bile dah duk kat umah ngan anak2 nih ade jek mende yang kene vacum..actually boleh jek sapu tapi rasenye vacum lagik effective kot..lepas siap jek vacum mesti ade jek sisa2 mknan especially kopok yang jatuh kat lantai tuh..saya nih biasenye takde la strict sgt ngan mende2 camni tapi skrg nih dzara dah lasak and suke mengutip so mende2 camnih kene la jaga kot..budak2 nih nmpknye mende yang menarik perhatian konpem akan di masukkan ke dalam mulut tu huhuhu...kalu dulu2 muqri sgt takut bile sy start memvacum umah nih, maybe disebabkan bunyi vacum yang agak kuat tu kot..tapi skrg nih toksah cakap la, pantang saya vacum sket mesti dia pun sibuk gak nak memvacum...yang paling bestnye tgh2 kite vacum tuh dia boleh lari and gie off vacum tuh..kite nak marah pun tak jadik sebab nmpk dia happy buat mcm tuh hahaha..so kite pun layan je la :))

Sepanjang saya menjaga budak2 ni sorang diri ( 3 hari kay without my asben di sisi) pelbagai perkara yang terlintas kat pemikiran saya nih. Antaranye ialah mcm mana la all the single mothers out there boleh menjaga and mendidik anak2 diaorg nih tanpe bantuan si suami di sisi mereka? Tak stress ke diaorg nih? Tak penat ke diaorg jaga anak sorang2 eh? Saya yang ditinggalkan utk 3 hari nih pun rase mcm stress tahap ape ntah and mmg tak sabar2 menunggu kepulangan asben di sisi..at least kalu asben ade boleh gak la saya berehat sket2 and saya rase bile suami ade bersama, tahap kemarahan saya masih dapat di kontrol huhuhu...ermmmm saya rase saya mmg salute la kat single2 mothers nih sebab diaorg dapat mendidik anak2 sorang diri...

Hmmmm..setelah melalui pengalaman menjaga anak sorang2 nih, ade banyak mende yang saya rase saya perlu improve. Saya rase saya banyak buat silap dlm mendidik anak saya sendiri and saya sgt2 berharap saya dapat memperbaiki keadaan nih :) Yang paling utama sekali ialah saya mesti belajar utk mengawal kemarahan saya dan selain nye hanya boleh di buat jika saya dapat mengatasi "kemarahan" ini dahulu...Okla saya berharap untuk menjadi mama yang terbaek utk anak2 saya :) Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya selepas ini ..AMIN...

**tibe2 miss kat muqri and dzara :(

Thursday, July 22, 2010

Positif Influenza A??

Salam,
Dzara sedaang lena tdo diulit mimpi..maybe kesan ubat yang dia makan pagi tadi.
Dzara telah disahkan positif Influenza A huhuhu, tapi sib baik negatif H1N1. Mmg dia demam, batuk n flu since last week tapi sampai skrg tak baik2 lagi..that's why la sy rase there's must be sumething wrong with her.So semalam sy koll KPJ Kajang utk percepatkan appt. dia ke hari ni.
So pagi tadi saya terpakse bwk dzara ke spital sorang2 since asben dah slalu sgt cuti. Sib baik la dzara tak banyak sgt meragam pagi tadi since dia dah lama tak duk dlm car seat. So pagi tadi utk menghibur kan hati dzara, saya terpakse la menyanyi A Ba Ta dgn sekuat hati haha..rasenye kalu la ade org nampak mesti dia rase saya sedang menyanyi sambil syok sendiri hehehe... Then sampai kat KPJ around 9am tapi masa tuh patient tak ramai lagi...so after 30 minutes waiting, dah smpi turn kiteorg utk jupe doc. Then masa doc check tuh, doc pun agak risau gak since dzara tak recover2 lagik...so doc kata dia kene amik swap test utk buat influenza test. Since the result siap dlm masa 1 hour, doc pun suggets dzara utk amik nab and buat phisio(sedut kahak) sebab lendir still agak banyak kat chest dzara. Seperti biase dzara akan menangis bile dipakse buat nab n phisio nih huhuhuhu...tapi ngan cara nih je la dzara akan rase lebih selesa n senang utk bernafas.

Then after one hour, result pun dah keluar and doc pun panggil kiteorg masuk.
"Influenza test nih positif, tapi H1N1 is negatif". itu la the 1st sentence yang doc bgtau masa mule2 kiteorg masuk. Time tu saya agak konpius and mmg tak dpt nak digest langsung ape yang doc nih cakap then after bebrape minute masa tgk report tuh baru saya paham ape yang berlaku hahaha...rase mcm lawak pun ade gak time tuh...tibe2 jek bley jadik blank, samapi tak tau nak ckp ape..tapi bile dah tau plak terus rase nak nangis uwaaaaaaaaaaaaa...masa tuh mmg tak le nak pikir sgt..doc try to xplain lagik n dia ckp dzara mmg positif influenza A and the recovery should takes at least 5 days. Doc kata by 2 days her fever akan beransur pulih and she must finish her medication for 10 doses. And of course dia takleh di hantar ke nursery and must be quarantine at home :(
Alahai kesiannye la anak mama yang sorang nih...Umur tak smpi setahun tapi dah ade dugaan yang mcm nih plak huhuhu...Doc pun kata abang dia pun bley affected sebab mende nih mmg leh berjangkit. Bile doc kata mcm tuh terus rase nak pengsan plak, harap2 la muqri dijauhi ngan influneza nih. So after this muqri takleh duduk dekat2 ngan dzara lagi huhuhu...kesian plak kat muqri nnt sebab takleh tdo sebelah adik dia :(

To my dear dzara,
Mama harap dzara cepat2 sembuh kay,
kalu dah baik nnt mama leh bwk dzara gie jalan2 k,
nnt bley main ngan abg muqri and bley gie sekolah and jupe kwn2 kan,
dzara jgn risau, selagi mama ade, I'll always there for you and care for you.
We love u so much ...
Get well Soon :)

-the end-

Monday, July 19, 2010

Woman

Salam,
Saya terasa sgt letih sekali minggu nih,
Rase mcm nak baring tanpe buat ape2,
Tapi nak wat camne sume itu mmg takleh jd kenyataan,
so kene la terima hakikat ye yang sy mmg takleh berehat,
saya rase saya akan mati awal sebab keletihan hahaha :(

Hmmm receive nih from old friend..saya suke :)

EVERY WOMAN SHOULD KNOW...how to live alone... even if she doesn't like it...
A WOMAN SHOULD HAVE...enough money within her control to move out and rent a place of her own, even if she never wants to or needs to...
A WOMAN SHOULD HAVE ...something perfect to wear if the employer, or date of her dreams wants to see her in an hour...
A WOMAN SHOULD HAVE ...a youth she's content to leave behind....
A WOMAN SHOULD HAVE ...a past juicy enough that she's looking forward to retelling it in her old age....
A WOMAN SHOULD HAVE ...one friend who always makes her laugh... and one who lets her cry..
A WOMAN SHOULD HAVE ....a good piece of furniture not previously owned by anyone else in her family...
A WOMAN SHOULD HAVE ...eight matching plates, wine glasses with stems, and a recipe for a meal, that will make her guests feel honored...
A WOMAN SHOULD HAVE ..a feeling of control over her destiny...
EVERY WOMAN SHOULD KNOW...how to fall in love without losing herself..
EVERY WOMAN SHOULD KNOW...how to quit a job, break up with a lover, and confront a friend without ruining the friendship...
EVERY WOMAN SHOULD KNOW...when to try harder... and WHEN TO WALK AWAY...
EVERY WOMAN SHOULD KNOW...that she can't change the length of her calves, the width of her hips, or the nature of her parents..
EVERY WOMAN SHOULD KNOW...that her childhood may not have been perfect...but its over...
EVERY WOMAN SHOULD KNOW...what she would and wouldn't do for love or more...
EVERY WOMAN SHOULD KNOW..whom she can trust, whom she can't, and why she shouldn't take it personally...
EVERY WOMAN SHOULD KNOW...where to go... be it to her best friend's kitchen table... or a charming inn in the woods... when her soul needs soothing...
EVERY WOMAN SHOULD KNOW...what she can and can't accomplish in a day... a month...and a year...



-the end-

Friday, July 9, 2010

Baked macaroni anybody :)

Yeay, hari ni saya free kembali setelah 2 hari sy terpakse pulun habis2
utk RJM harinih..kadang2 diaorg nih tak logik langsung suh kite buat evaluation 2 hari jek,
kalu ikutkan plan asal adelah 5 days evaluation, tup tup diaorg suh cepatkan...apekah???
tapi nak buat camne kan, kami hanye la semut2 bwhan sahaja mmg tidak dpt mengubah keputusan pihak atasan..so disebabkan itu jangan la marah eh jika sy men'skip' certain items for evaluation hehehe...sib baik la ade Maggie yang membantu kalu tak mmg tak siap la evaluation harini huhuhu..

hmmmm harinih sy nak berkongsi resepi buat baked macaroni. Sebenarnye dah lama sy nak share tapi asyik terlupe jek huhuhu...sib baik gogila tanye resepi tadi so barula teringat semula hajat yang pernah di niatkan dahulu hehehe..okla resepi nih sy got from somewhere, tapi sy modify sket utk jadik baked macaroni :) so selamat mencube :)


Ini hanya la gambar hiasan aje :)
Baked macaroni


Macaroni (ermmm utk 2/3 org mkn)
mushroom soup (sy pakai yang dlm paket sebab tak banyak sgt)
bawang besar (diced)
bwg putih 1/2
cili besar (kalu nak rase pedas2 sket la)
pepper (*optional-tapi sy suke)
ayam/meat/sotong/udang (optional)
carrot (optional)
mozarella cheese

steps:
-rebus macaroni sampai masak (toskan bile dah masak)
-then tumis bwg besar + bwg putih + cili besar
-masukkan aym/sotong/meat/udang
-masukkan carrot
-masak hingga aym half cooked
-then campurkan mushroom soup ngan air, kacau hingga sebati then masukkan dlm kuali.
-then bile mendidih masukkan macaroni yang telah di toskan tadi...jika nmpk macam kering sgt, tambahkan sedikit air supaya macaroni dpt bercampur dgn rata bahan2 tadi.
- then bile nak hampir masak tuh masukkan sedikit cheese..kacau hingga sebati :)
-Lastly masukkan maconi yang digoreng tadi dlm loyang pembakar and taburkan cheese sebanyak yang mungkin (saya suke!!)
- Then baked until cheese cair and bile nmpk bhgian cheese tu ala2 nak burn so angkatla


Tadaaa, dah siap dah :)


ermmm maybe ade yang tak bape suke ngan taste die...so kalu ade rase kurang2 tuh, ubahla ikut selera masing2 kay...selamat mencube :)


opps lupe plak..kalu rase kurang masin tuh, tambah la garam ke supaya rase jadik ok sket :)


-the end-

Tuesday, July 6, 2010

Happy Moment Together



Hahaha gambar nih di ambil semalam from huda's desktop

dah lama tak bergambar2 kat opis nih hehehe



Chin, Karen, Huda, Sueyaya and saya :)

Chin, Nadine, Karen, Huda, Sueyaya, Maggie and saya :)
-Bile la boleh bergambar lagi kan ..hmmmmm-
-the end-

Krisis hutang.....

Pagi ni tibe2 terpikir nak baca pasal krisis hutang kat euro yang berlaku skrg nih.
Sebelum nih just dgr mcm tuh aje tapi tak pernah nak amik tahu apekah
yang telah mencetuskan keadaan tersebut. Then aku pun trus la google kat tenet pasal isu nih
(maap ye bos sy menggoggle during opis hour hehehe)...then saya pun start la baca dlm english version tapi di sebabkan tahap vocab sy yang agak lemah, sy kurang memahami isi penulisan tersebut..then sy pun goggle lagi tapi kali nih ngan keyword "krisis hutang eropah".
Banyak gak la article yang disenaraikan especially dr Utusan online, Berita harian etc.
Apabile kite start membaca sumething yang berkaitan ngan ekonomi2 nih, mmg la agak susah nak digest ye sebab unfamiliar ngan term yang digunakan...tapi saya still kurang berpuas hati ngan ape yang diperolehi kerana ape yang dicari still kabur2 lagi...maybe saya kene banyak membaca lagik pasal isu nih and hopefully saya dapat memahami condition negara2 tersebut pada masa skrg nih. I will updates again when my review complete "gambateh"!

Ermmm pasal mission sy last week, sy sgt sedey sebab misi sy tidak berjaya huhuhuhu...yela
masa sangat singkat and mmg tak sempat langsung nak gie buat survey. Hmmm nmpak gayanye i've to plan another trip to temerloh la and kali nih harap2 takde la gangguan lain yang boleh mengganggu misi sy tu heheheh...

Updates about my kids plak :)
Skrg nih dzara mcm dah bley kenal kami sume especially papa dia...dia akan berasa sgt excited bile nmpk papa dia hahaha...Even masa balik kg aritu pun dzara dah terkonpius uncle mirul as her papa :) Arinih umur dzara genap 8 bulan and mama need to start feeding dzara bubur nasik la after this (mcm mana la mama nak masak pagi2 nih huhuhu:( )
Then for Muqri plak, skrg nih dah banyak mende yang boleh dia sebut tapi still pelat2 lagik...boleh baca ABaTa, kire 123 and sebut ABC. A good progress for him since he start at the new Taska :) Tapi smpi skrg saya takleh nak buat Muqri paham gigit org tu tak baik sebab boleh menyakitkan org lain..dah macam mende yang sy buat tapi mmg tiap2 hari dia akan gigit adik dia yang tak bersalah tu huhuhuh..."Muqri, mama dah tak larat nak marah Muqri tiap2 hari tau :(

-the end-

Friday, July 2, 2010

An Education

Arinih sungguh takde mood nak kije (maybe sebab hari jumaat and ramai yang cuti kot huhuhu)
Since pagi tadi sy mmg tak buat ape2 pun heheheh...sampai2 jek terus tgk movie yang di bawa oleh huda "An Education"....cite yang sangat menarik di tonton especially for remaja2 zaman skrg nih...worth watching it eventhough sy dah agak berumur yek hehehe...I'll recommend this movie to my nieces yang dah besar2 panjang tu hehehe...maybe bukan semua org akan menyedari kesilapan diri sendiri and sanggup berubah demi masa depan...semuanye bergantung pada diri sendiri gak...if you want to succeed there is no shortcut and you have to work hard for it...i have been into that times when everythings is impossible...jika diri kite kuat untuk menjauhi perkara2 yang tak sepatutnye, then u will be safe ....hmmmm cukup la setakat itu sahaja untuk mengenang my past experience....ade yang sad dan ade yang sgt menghiburkan and it will always remains as my memories :)

Yeay, insyaAllah esok kami sekeluarga akan balik to my kampung (Temerloh)...malam nih as usual kene packing sume barang2 so pagi2 esok boleh gerak awal sket...dah la ade wedding yang nak kene attend so hopefully dapat sampai on time...balik kg nnt ade beberapa agenda yang nak kene buat tapi nmpk gayanye i've to do by my own sebab hubby nak gie kuantan after the wedding..so kene mintak tolong owen la esok nih huhuhuh...hopefully dia free and dapat tolong sy menyiapkan misi saya kali ini hehehehe...if my mission succeed, sy akan bgtau in next entry kay hahahaha...

okla nak buat mende lain la plak...bubbye :)